RANGKUMAN AKTIVITI PDPR & SUMBANGAN KOMPUTER RIBA TAHUN 6 DAN PERSIAPAN MENJELANG PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0 SK BUNGA RAYA KENINGAU
Menjelang pengoperasian sekolah 3.0 yang dijangka 1 November khususnya bagi Fasa 3 pembukaan bersemuka murid-murid Pra Sekolah sudah bersiap sedia menerima murid yang sekian lama melaksanakan PDPR secara maya pada situasi Pendemik Covid19. Rata-rata warga sekolah juga tidak sabar berjumpa dengan murid-murid yang dirindui sejak sekolah ditutup untuk pdpc bersemuka bermula Jun lalu hingga lah suatu tarikh pembukaan diumumkan mengikut Fasa negeri-negeri di Malaysia.
Usaha murni pihak pentadbiran dengan kerjasama PIBG SK Bunga Raya juga telah berjaya mendapatkan sumbangan berupa komputer riba bagi semua murid tahun 6 seramai 52 orang bagi tujuan meringankan beban mengikuti PDPR. Mudahan usaha ini memberi motivasi anak-anak untuk terus tidak putus asa dalam cabaran abad ke-21 era digitil penggunaan Maya dalam PDPR. Terima kasih juga kepada Jabatan Ketua Menteru yang prihatin menyumbang komputer riba tersebut.
Keberadaan warga sekolah yang tidak melebihi 80% pada satu-satu masa disekolah bermula minggu ini bagi tujuan memastikan persiapan 100% bersedia sebaik sahaja pembukaan sekolah 1November ini. Walaupun ianya secara berperingkat mengikut fasa , namun persediaan secara keseluruhannya dilaksanakan dengan komitmen semua warga termasuk ibubapa.
Amalan norma baharu dalam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mencegah penularan Covid19 menjadi keutamaan dalam penganjuran sebarang aktiviti masa kini seperti yang ditetapkan pihak Kementerian berkaitan. Mudahan usaha kita dengan berkat doa semua sekolah akan berjalan seperti biasa secara bersemuka mengikut jadual.
Comments
Post a Comment