PELAKSANAAN TRANSISI TAHUN 1 & PLaN & CUP03 SK BUNGA RAYA MAC-APRIL 2022

Pembukaan sekolah secara bersemuka yang bermula 21 Mac lalu bukan sahaja yang ditunggu-tunggu oleh ibubapa dan murid tetapi juga warga pendidik yang sudah lama tidak bertemu anak didik masing-masing setelah melaksanakan PDPR sepanjang tempoh Pendemik covid19. 




Lebih terasa adalah anak-anak yang baru melangkah ke alam kelas perdana iaitu tahun 1 yang sememangnya antara anak murid yang baharu yang perlu mendapat perhatian pada awal tahun sebelum ini dan kali ini hanya dapat bersemuka pada Mac 21 . 





Program transisi yang dilaksanakan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan dan ditambah suai dengan intervensi serta kaedah dan pendekatan mengikut pengurusan sekolah masing berjalan dengan lancar dan mengikut jadual dengan pematuhan SOP yang masih berkuatkuasa.










Syabas dan tahniah warga pendidik khususnya guru Tahun satu, semua ibubapa dan bapa angkat PLaN serta pelaksana CUP03 tahun 4. 


Comments

Post a Comment