KOLEKSI MINGGUAN AKTIVITI PDPR PRA DAN KELAS PERDANA SK BUNGA RAYA 04-08 OKTOBER 2021

Dalam menanti pengoperasian sekoah 3.0 , dalam pasca Pelan Pemulihan Negara daripada Pendemik Covid19, usaha berterusan dalam pelaksanaan PDPR murid terus disandang oleh warga guru yang komited mempelbagaikan kaedah serta pendekatan bagi mencapai sasaran kejayaan PDPR terutama membantu murid supaya semua dapat menguasai tahap minimum dalam semua subjek.






Barisan pentadbiran juga terus mencari alternatif selain pembelajaran secara maya, kaedah penyediaan modul juga menjadi pilihan bagi murid-murid yang tidak ada kemudahan talian internet juga kawasan liputan ienternet yang lemah. Toelransi warga pendidik sedia memahami kepayahan ibubapa dalam memastikan anak-anak belajar sehingga ada warga pendidik memberikan kuota kredit kepada murid agar dapat mengikuti dan merasai pembelejaran online. 





Walaupun hanya RM10 ianya sangat bermakna kepada murid dan menghargainya dengan berusaha mencari lokasi untuk mendapatkan liputan internet yang terbaik. Syabas warga guru yang prihatin. 

Penyediaan Rak PDPR bagi menyimpan modul PDPR murid dipondok kawalan keselamatan sekolah.

Kemudahan Rak PDPR untuk semua kelas pra-hingga tahun 6.








Selian itu, kesungguhan barisam pentadbira yang bermurah hati menghantar bahan-bahan modul ke rumah,kebun murid-murid antara yang menggamit kenangan dala era pendidikan norma baharu ini. Kelitahan wajah ibubapa menampakkan kebanggan terhadap usaha ini, anak-anak terpaksa belajar dipondok kebun sudah cukup memberi erti mendalam bahawa pendiikan itu amat penting untuk masa depan yang cemerlang dan terjamin.



Comments