AKTIVITI PDPR 25-29 OKTOBER DAN PERSEDIAAN MENJELANG SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA PRA SEKOLAH SK BUNGA RAYA
Pembukaan dan Pengoperasian Sekolah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang didahului oleh kelas Pra Sekolah bagi (SK) hadir bersemuka tanpa penggiliran, seakan semua murid tidak sabar lagi untuk melangkah untuk kembali ke sekolah secara bersemuka secara berperingkat mengikut Fasa PPN Negeri Sabah. Ini jelas menunjukkan kerinduan guru dan murid untuk bersama dalam sesi pembelajaran dan pengajaran bersemuka setelah sekian lama masih melaksanakan PDPR sebagaimana yang ditetapkan Kementerian.
Dalam satu taklimat penataran Pengoperasian Sekolah dalam mesyuarat PIBG 13 Oktober lalu dan dengan semua staf pada 28 Oktober, pentadbir telah menjelaskan pembukaan sekolah seperti mana dalam garispanduan yang telah dikeluarkan termsuk soalan-soalan lazim yang disediakan oleh Pihak KPM. Justeru sekolah yakin dengan penjelasan berfokuskan kepada kelas mana yang akan beropersi secara bersemuka dapat dirungkaikan dengan memahami Fasa PPN Negeri.
Sabah dalam Fasa 3 dan pada 1 November telah dumumkan dan ditetapkan sesi bersemuka bermula dengan kelas pra sekolah sahaja, manakala kelas perdana hanya hadir bersemuka dalam sesi persekolahan kelak selepas Sabah mengumumkan peralihan PPN kepada Fasa 4 dan dalam tempoh 14 hari sekolah sesi tahap1 akan mula ke sekolah menjalani PDPC bersemuka disusuli oleh tahap 2 seminggu selepas itu dengan kehadiran secara giliran mingguan.
Terima kasih dan marilah kita bersama sentiasa peka kepada setiap perkembangan berhubung pembukaan kelas bersemuka seterusnya.
Untuk murid Pra diucapkan selamat kembali ke sekolah.
Comments
Post a Comment