PEMBELAJARAN DI RUMAH LEMBARAN KERJA BERFOKUS
Penangguhan Pembelajaran Bersemuka pada sitausi PKPB ini merupakan cabaran kali ke-2 apabila pengalaman fasa Pasca PKP lalu memberikan banyak pengalaman kepada kita sebagai warga pendidikan dalam memastikan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran menggunakan pelbagai medium,terutama berkaitrapat dengan penggunaan teknologi komunikasi.
Namun pengalaman PKP lalu memberikan kita usaha agar peningkatan penyertaan murid dalam PDPR kali ini mencapai sasaran 70% atau lebih sesuai dengan KPI pihak pengurusan JPN/KPM kepada pihak sekolah. Justeru atas kesepakatan warga SKBR maka guru menggunakan medium Modul bercetak yang mendapat respon posotif ibubapa sesuai dengan rangkaian talian internet yang terhad di kampung BUnga Raya dan memudahkan ibubapa kerana pasca hari ini,pergerakan masih dibenarkan dengan SOP yang ketat.
Terima kasih ibubapa yang hadir mengambil bahan bermula semalam.Terima kasih juga kerjasama pihak keselamatan yang menjadi pengantara bagi menempatkan bahan-bahan PDPR yang disediakan oleh guru-guru. Setiap gerakkerja dilapor dalam pelaporan rasmi sekolah, RPH dan eviden lain berkaitan.
Selamat Melekasanakan BDR dan PDPR dengan penuh ikhlas dan amanah.
"FOKUS DAN BERKUALITI TINGGI"
Comments
Post a Comment