PEMBELAJARAN MURID DI RUMAH (PDPR) PASCA PKPB SK BUNGA RAYA KENINGAU SABAH
MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DI RUMAH, PdPR/ Merujuk Surat KPM/Bertarikh 11 Oktober RUJ: JPNSBH.SP.PENTD.100-3/12 (53)
Salam Damai, dan salam sejahtera kepada semua ibubapa dan penjaga murid-murid SK. Bunga Raya.
Berdasarkan arahan dan kenyataan rasmi KPM pada 9 Oktober 2020, sekolah adalah ditutup sehingga 23 Oktober 2020 (2 minggu). Oleh yang demikian, bermula 12 Oktober, Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) hendaklah dilaksanakan berpandukan manual pdpr oleh KPM.
Selaras dengan itu dan setelah meneliti kandungan manual PDPR dan perbincangan bersama pentdbiran serta staf/guru,mengambil pendekatan secara luar talian / offline dengan menggunakan kaedah pdpr menggunakan MODUL. Pendekatan dan kaedah yang diputuskan adalah dengan mengambil kira keupayaan murid dan kesediaan sumber sedia ada murid serta keadaan persekitaran murid (kedudukan di luar bandar, kemudahan talian internet yang tidak stabil, data Internet terhad). Antara peranan ibu bapa penjaga adalah untuk membantu anak/anak jagaan mendapatkan maklumat berkaitan sesi pembelajaran dan dapatkan tugasan, kerja rumah serta arahan aktiviti yang diberikan oleh guru.
Seterusya, ibu bapa perlu membantu anak/anak jagaan untuk mengakses/ download sebarang bentuk bahan pembelajaran yang berikan oleh guru yang membantu mereka untuk belajar dengan lebih optimum. Komitmen, kerjasama dan tindakan proaktif daripada semua ibubapa dan penjaga agar bersikap komited membantu anak-anak belajar di rumah kali ini. Pada saya kita sudah mempunyai pengalaman daripada PKP sebelum ini, maka kita sewajarnya telah maklum dalam mengatasi kemungkinan2 kekangan atau masalah seperti yang dilalui sebelum ini demi memastikan anak-anak kita mengalami defisit pembelajaran. Pihak sekolah amat berterima kasih atas kerjasama untuk membantu memastikan mereka melaksanakan pembelajaran di rumah setiap hari.
Pada minggu ini semua murid akan mula belajar dari rumah. Justeru murid2 asrama juga tidak perlu kembali ke asrama sepanjng tempoh ini,sehingga dimklumkn kelak. Tetapi semua guru /staf akan datang untuk mengikut keperluan antaranya menyiapkan modul PDPR . Ibu bapa boleh berhubung dengan guru kelas atau guru subjek berkaitan pembelajaran melalui pelantar media seperti whatsapp, sms dan yang bersesuaian.
Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada arahan semasa daripada KPM, JPN Sabah dan PPD Keningau.
Sekian dan terima kasih.
YBrs. Dr.Pranchis Andin
Guru Besar
SK Gunga Raya
Comments
Post a Comment