RAKAMAN VIDEO KLIP MURID PDPR DAN AKTIVITI PDPR MURID SK BUNGA RAYA KENINGAU 21-23 JUN 2021
Walaupun berhadapan dengan kekangan capaian internet, warga guru terus berusaha mencari jalan penyelasaian dengan memantapkan pengedaran dan pembinaan modul secara manual untuk dihantar ke pusat pengumpulan modul dan lembaran kerja di sekolah yang dikawal selia oleh pengawal keselamatan dengan kerjasama PIBG dalam memastikan SOP semasa dan selepas pengambilan manual aktiviti. Ternyata mendapat sambutan ibubapa terutama yang tinggal dikawasan yang tidak dapat mencapai rangkaian internet.
Bagi murid yang ada kemudahan dan kemampuan gejet dan capaian internet yang baik, warga guru juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan sidang talian gmeet,zoom,mteam juga youtube untuk kepelbagaian pendekatan PDPR. Moga usaha warga guru ini akan mendapat keberkatan dan hasil kepada kemanjadian murid. Syabas dan tahnai ibubapa yang prihatin. Selamat berPDPR stayathome staysafe.
Selaku ketua pentadbir pengurus sekolah amat berpuashati dan yakin dengan kesungguhan para guru yang sentiasa cekal serta ikhlas dalam menyumbangkan tenaga ,idea dalam memastikan penambahbaikan PDPR terus berlaku.
SYABAS DAN TAHNIAH SEMUA
Comments
Post a Comment