KREATIVITI MURID PDPR VIDEO KLIP AKTIVITI & GAMBAR GERAK KERJA & PENGAMBILAN MODUL PDPR SK BUNGA RAYA 21-25 JUN 2021
Pemantauan barisan pentadbir sekolah sepanjang tempoh PDPR minggu ini, menunjukkan peningkatan kemahiran guru dan murid dalam melaksanakan kreativiti murid dalam PDPR.
Ini terbukti apabila setiap hari PDPR terus menampakkan kemajuan apabila bimbingan guru dalam menghasilkan gerak kerja PDPR pelbagai medium antaranya daripada Modul bercetak kepada kemahiran menggunakan video klip untuk menghantar bahan pembelajaran selain usaha berterusan menggunakan medium sosial dalam talian.
Syabas dan tahniah semua staf dan guru yang komited melaksanakan PDPR selain memastikan RPH,Rekod penerimaan kerja dan rekod pentaksiran menjadi eviden keutamaan sepanjang PDPR selain mengisi pelaporan LINK JPN yang menjadi amalan selepas PDPR dilaksanakan.
Moga semua usaha ini mendapat keberhasilan untuk memastikan kemanjadian murid terus dapat dinikmati dalam situasi mencabar ini.
Staysafe
Stayathome
Comments
Post a Comment