TINJAUAN PENTADBIR PDPA GURU DAN MURID SKBR SERTA KOMITMEN IBUBAPA MINGGU KE-3-4 PKP#COVID19#

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran sama ada dikalangan guru,ibubapa dan murid namun pdpa minggu ke-3 dan ke-4 ini berjalan seperti biasa. Selain menguruskan keluarga sendiri para guru juga tidak lekang memantau,memberi,memeriksa dan bertanyakan khabar anak2 murid , ini lah nama ya guru insan yang sebenarnya tidak kenal anak siapa yang dia kenal adalah murid itu adalah anak yang perlu dididik dan wajar mendapat pendidikan MTM. Selaras denga hala tuju sekolah 2020-2022, para guru, semua staf dan ibubapa mula menyerlah masing2 dengan kreativiti dan inovasi.banyak perkara dipelajri semasa tempoh pkp ini, rasanya bebanan guru mula dirasai ibubapa betapa cekalnya guru mendidik bukan seorang tetapi hampir 40 orang dalam satu kelas dan tidak seorang pun disisihkan dari mendapat ilmu..namun guru tetap senyum dan anak2 didik juga sayangkan gurunya. Mudah-mudahan PKP ini menjadi iktibar untuk kita semua bahawa tanggungjawab guru sangat tinggi dan tidak ada pengganti sekalipun sudah bersara dan ke ahkir hayatnya dia tetap dipanggil "CIKGU". 

Syabas dan terima kasih warga SK Bunga Raya.

Berikut dipaparkan situasi pdpa murid ,semakan guru dan corak carik aktiviti murid di rumah.








Tahniah semua....moga udaha guru2 terus diberkati...tuhan...

Comments