PERKONGSIAN SEMAKAN GURU DAN IBUBAPA TERHADAP PDPA ANAK-ANAK DALAM TEMPOH PKP

Murid tahun 6HK SKBR  belajar melalui aplikasi  whatsapp
Catatan :Dr Pranchis Andin 
Guru Besar Sk Bunga raya 
5/4/2020.

Tempoh PKP yang sudah masuk hari yang ke-19, sudah tentu beban pembelajaran murid mula diarasi oleh ibubapa dan juga para guru. Ini adalah kerana tragedy yang menimpa dunia masa kini agak luar biasa iaitu terpaksa berhadapan dengan cabaran.Jika bencana banjir,gempa bumi atau Tsunami hanya dirasai oleh beberapa negara terlibat dan penduduk biasanya akan berpindah ke tempat lebih selamat. Namun bagi wabak COVID-19 amat berbahaya kerana boleh dijangkiti dimana-mana dan mudah berangkaian dengan  pembawa yang dijangkiti dan boleh menyebabkan maut dalam masa kurang daripada 24 jam jika dikenalpasti positif dan harapan amat tipis walaupun ada juga yang pulih seperti biasa selepas melalui saringan dan kuarantin 14 hari.

Guru Kongsikan semakan kerja murid melalui kaedah Whatsapp
                                                         
Berkongsi dengan para guru,ibubapa SK Bunga raya telah menunjukkan komitmen padu untuk memastikan anak-anak menerima pembelajaran secara dalam talian menggunakan kemudahan yang termampu telefon,laptop dan sebagainya kerana terpaksa PKP Stay At Home# dalam tempoh yang ditetapkan.



Ibubapa yang menghantar semula kerja murid melalui Group Kelas tahun 6 SKBR
selepas berjaya menyiapkan tugasan pembelajaran
 Apa pun saya selaku Guru Besar Bersama barisan Penolong Kanan yang sentiasa komited memantau serta turut serta memberi maklumat dan membantu gurun menjawab segala pertanyaan ibubapa.Sikap kerjasama semua staf menjadikan pelaksanaan PDPA menjadi lebih berkesan dan melupakan seketika kepayahan dalam tempoh PKP ini.



Berikut adalah gambar2 peristiwa pelaksanaan perjalanan pembelajaran yang dikongsikan para ibubapa dan guru untuk tatapan semua. walaupun tidak semua dapat 100% namun sekadar memberi motivasi berpandukan buku teks kerja rumah juga antara usaha terbaik.



Comments