RANGKUMAN GAMBAR/VIDEO KLIP AKTIVITI PDPR SK BUNGA RAYA 15-18 NOVEMBER 2021
Menjelang pembukaan sekolah secara bersemuka dan mengikut penggiliran murid 50% daripada jumlah penuh pastinya dinanti-nanti oleh murid dan ibubapa setelah sekian lama menjalani PDPR. Bagi sekolah ini telah bersiap sedia 100% termasuk pengoperasian asrama desa menjelang 22 November 2021 kelak.
Namun aktiviti PDPR terus menjadi keutamaan mingu terakhir ini dan beralih kepada PDPR menggunakan jadual penuh persekolahan terutama minggu ke-2 kelak. Tahniah dan Syabas semua staf dan guru yang sudah berjaya melaksanakan dan menyampaikan PDPR dengan berdasarkan kepada SP Kurikulum sewajarnya.
Terima kasih juga kepada semua ibubapa yang terus komited menjayakan bersama PDPR dengan penuh kesungguhan yang jelas apabila setiap hari memberi maklumbalas dan berikut dikongsikan gambar dan video untuk penghargaan kepada semua.
Selamat Kembali Ke Sekolah Bersemuka.
Comments
Post a Comment