RANGKUMAN VIDEO KLIP DAN GRID FOTO AKTIVITI PDPR/PPN FASA 2 SK BUNGA RAYA 20 SEPT-24SEPT 2021

Pelan Pemulihan Negara dari Pendemik Covid19 PPN Fasa 2 terus menyaksikan pelaksanaan PDPR dilaksanakan dengan seluruh usaha dan kecekalan semua warga pendidik dan murid dengan kerjasama baik ibubapa membolehkan aktiviti PDPR berjalan dengan lancar dan semakin menjadi norma pembelajaran baharu anak-anak khsuusnya sekolah diluar bandar.









Komitmen yang ditujnjukkan oleh warga guru menjadi pendorong kepada murid dan ibubapa untuk memastikan anak-anak belajar kendiri melalui gerak kerja dengan bimbingan guru secara dalam talian juga luar talian. 




Sikap dan toleransi warga guru yang memahami situasi dan cabaran ibubapa membolehkan kerja murid dapat dihantar sama ada pada hari yang sama atau pada minggu yang sama sudah menjadi amalan kerjasama erat guru dan ibubapa.










 Apa pun selaku pentadbir merasa bangga dan yakin dengan kesungguhan bersama-sama membolehkan murid-murid tidak keciciran dalam PDPR yang dilaksanakan malah telah menyediakan pelbagai kaedah dan pendekatan bagi menjayakan PDPR bila-bila masa sekalipun sekolah akan dibuka untuk bersemuka kelak.

Comments