RANGKUMAN SEMINGGU VIDEOKLIP / FOTO GERAK KERJA GURU DAN MURID SESI PDPR 02-06 OGOS 2021 SK BUNGA RAYA KENINGAU

 Walaupun sudah memasuki Fasa Pemulihan Pencegahan Covid19, namun pematuhan terhadap SOP tetap menjadi amalan dan menjadi norma baharu kehidupan. 








Ini termasuklah dalam menangani cabaran tanggungjawab warga pendidikan yang sentiasa cekal dan tabah dalam menghadapi pelaksanaan pembelajaran dari rumah PDPR. Tempoh pelanjutan tempoh PDPR berikutan penutupan sekolah sehingga 31 Ogos ini terus digalas warga guru SKBR dengan menambahbaik kaedah dan pendekatan bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran. 















Selain menyediakan modul pembelajaran, guru juga menyediakan pelbagai  kaedah bagi membolehkan murid tidak bosan dengan mempelbagaikan bentuk dan kaedah pdpr melalui youtube,web dan sebagainya. Sambutan serta semangat murid terserlah apabila para guru menerima maklumbalas berupa rakaman video klip singkat yang dikonsikan ibubapa. 





Justeru semua pihak berharap sesi bersemuka akan segera dibuka semula  bagi meneruskan sesi pdpc yang lebih baik dan kembali dengan kehidupan harian yang normal dengan norma baharu.















Syabas dan Tahniah semua warga guru yang komited ,seterusnya penghargaan kepada semua ibubapa yang terus membero dorongan dan kerjasama dalam memastikan pdpr berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang mencabar ini. #
Stayathome 
#Lindung diri ,lindung semua


Comments

Post a Comment