PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIRUMAH (PDPR)SK BUNGA RAYA PASCA PKP 05-08 APRIL2021

 Pasca PKP 3.0 KENINGAU yang bermula 22 Mac 2021, kini disambung lagi bermula 05 April hingga 18 April,khususnya untuk Daerah Keningau sahaja, memberikan cabaran hebat kepada warga sekolah,guru,murid dan ibubapa yang terpaksa meneruskan melaksanakan PDPR seperti mana yang diarahkan dalam surat Jabatan bertarikh 20 Novermber 2020 yang masih berkuatkuasa. 









Namun berdasarkan pengalaman PDPR Pasca PKP sejak awal MAC 2020 hinggalah berlarutan hingga 2021, telah memberi keyakinan kepada warga pendidik untuk terus memastikan anak didik terus mendapat pendidikan melalui pembelajaran dalam talian dan luar talian PDPR dan guru pula bekerja dari rumah BDR.




Pengoperasian pejabat juga antara yang mencabar apabila hanya 30% kehadiran dan sehubungan itu,jadual penggiliran telah dilaksanakan bagi memastikan pejabat beroperasi seperti biasa termasuk mengeluarkan surat pengesahan arahan pergerakan bertugas bagi staf yang rentas daerah. 











Syabas tahniah kepada semua warga SKBR kerana telah melaksanakan PDPR,operasi pejabat dan terima kasih semua ibubapa yang kimetd membantu anak-anak supaya belajar dan membantu mengambil,menyelia pembelajaran anak-anak di rumah terutama menghantar eviden bergambar. Tahniah.

Comments