PDPR PASCA PKP MINGGU KE-2 SK BUNGA RAYA 2021 (KELAS PRA DAN PERDANA)
PDPR pasca minggu kedua berjalan lancar walaupun , warga pendidikan dimana saja berada tentu sekali cabaran utama warga guru adalah capaian internet yang lemah di kawasan liputan murid terutama dikawasan Pedalaman , apa lagi jika bekalan elektrik terputus, hasrat untuk meneruskan PDPR dalam talian tidak mencapai objektif. Apa pun guru tetap cekal selain mengulang semula pdpr pada waktu petang ada juga yang menjilid nota dan latihan dan dihantar ke pondok pengawal untuk memastikan murid tidak tercicir setiap kemahiran dan aktiviti yang diberikan.
Moga semua murid dan ibubapa serta warga SKBR kekal sihat. Apa yang penting tunaikan tanggungjawab disamping mematuhi SOP yang ditetapkan dalam sama-sama memutuskan rangkaian pendemik Covid19.\
Tahniah kepada ibubapa yang terus memberi sokongan kepada anak-anak dan perhatian kepada kerja serta aktiviti yang diberikan oleh guru-guru. Syabas anda yang terbaik untuk untuk masa depan anak-anak SKBR Fokus dan berkualiti tinggi.
Comments
Post a Comment