MISI PENGHANTARAN DAN PEGAMBILAN EVIDEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF AKADEMIK MURID/ULANGKAJI/SK BUNGA RAYA KENINGAU
Walaupun berhadapan dengan cabaran dalam memastikan pelaksanaan pentaksiran Alternatif akademik murid dalam tempoh penutupan sekolah akibat bencana. Justeru dengan kesungguhan yang tinggi staf dan guru-guru seolah-olah bukit sama didaki,sungai sama diseberangi,lumpur dan semaksamun sama diredah, akhirnya misi penghantaran eviden pentaksiran ke pusat transit 8 buah kampung berjaya dengan sambutan baik para ibubapa dan murid yang sangat membanggakan.
Ini terbukti apabila ada ibubapa mahu anak-anak menjawa dirumah dengan berpakaian sekolah bagi meningkatkan disiplin semasa menjawab, seolah-olah peperiksaan sebenar dalam kelas. Tahniah ibubapa SK Bunga Raya , anda semua terbaik.
Terima kasih juga kepada YDP PIBG yang sentiasa memantau pelaksanaan pentaksiran, terima kasih kepada PK1 Tn Benjamin,yang sanggup membawa kenderaan 4x4 yang berjenama Toyota Revo baharu, walaupun banyak terguris lalang namun beliau anggap itu risiko yang perlu diterima oleh sesiapa sahaja yang menggalas tugas sebagai guru. Syabas cikgu.
Comments
Post a Comment