GALERI GERAK KERJA PDPR GURU DAN MURID SK BUNGA RAYA 09-20 NOVEMBER 2O20

 Komitmen padu semua pihak khususnya warga sekolah terutama guru dan ibubapa bagi menjayakan pembelajaran di rumah dan gerak kerja Bekerja Dari Rumah (BDR) warga pendidik amat penting dan bukan sekadar menunaikan amanah tetapi sebagai ibubapa dan bapa dalam membentuk,memberi ilmu kepada anak-anak dalam cabaran pembelajaran tidak bersemuka tetapi melalui medium teknologi dalam talian dan luar talian yang kini telah menjadi rutin harian hingga lah kepada penggal persekolahan akhir tahun ini 19 December.

Dalam memastikan PDPR ini dijayakan dengan teratur dan kemaskini, 3 medium pelaksanaan telah ditetapkan oleh pentadbiran bagi memastikan pemangtauan dapat dilaksanakan setiap masa mengikut jadual PDPR yang telah disusun atur dan memenuhi KPI sekolah PDPR 80% setiap hari sejajar dengan KPI Jabatan/PPD 70% dan ke atas PDPR harian.

Tiga medium utama itu  meliputi kemudahan berikut yang telah menjadi amalan baik warga guru dan staf SKBR ...

1. Kumpulan whatsapps semua kelas = 14 kelas termasuk Pra untuk menyalurkan maklumat/eviden PDPR/RPH PDPR

2. Kumpulan Whatsapp pelaporan yang mengandungi ITEM BERIKUT:

    a. RPH guru mengikut jadual harian

    b. Kehadiran Murid setiap kelas rekod penyertaan murid dalam PDPR setiap subjek harian

    c. Senarai pengisian LINK JPN PDPR pengesahan PDPR bagi pemantauan dan pelaporan kepada PPD/JPN

3. Blogspot mengandungi item  Rumusan Pemantauan dan paparan galeri eviden PDPR bergambar  

    setiap minggu yang dapat dilayari oleh semua pihak.































Apa pun usaha SK Bunga Raya dari awal pasca PKPP /PDPJJ dan PKPB/PDPR memberi impak positif terhadap persediaan setiap individu guru untuk membudayakan 3 medium utama dalam menjayakan pengurusan sekolah bagi memastikan arahan BDR dan PDPR menepati kualiti pelanggan iaitu murid. 


Comments